Alhamdulillah . Mula bertugas pada 2.6.1980. Mendaftar di SM Ambrose , Ayer Tawar , Perak. Buka atlas untuk mendapatkan lokasinya. Ingatkan Ayer Tawar , Kota TInggi. Ayahanda menghantar dengan teksi dari Muar ke Kuala Lumpur kemudian ke Teluk Intan.. Dari Teluk Intan melalui Kg Gajah ke Ayer Tawar. Terdapat insan mulia sanggup menumpangkan kami anak beranak.Semuga keluarga Pak Baha dirahmati Allah.
Kepercayaan ayahanda bonda untuk melepaskan anak daranya merantau jauh dengan iringan doa yang tidak pernah putus hingga kini tetap anakda kenang , hargai dan segala pesanannya supaya 'berani' dan tawakkal kepada Allah.
Semuga roh ayahanda dilimpahai rahmat Allah .Semuga bonda tabah menghadapi segala yang mendatang.Amin. Terima kasih Ariff kerana menghidupkan blog ini.
KENANGAN SEPANJANG PERJALANAN
Monday, November 19, 2012
Thursday, November 17, 2011
Keluargaku
Dapat kolam renang sendiri
Sunday, October 9, 2011
Alhamdulillah. Anak prempuan baru
Friday, June 4, 2010
HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAKKU SAYANG
Ini kiranya hari jadi untuk semua anak-anak.AR AS Z MF SU & AF.Terutama ankan-anak Jun. Ar Su dan Af yang ada. Tengok tu! Pahlawan BUJA menikam kek khas secret resipi sebelum memotongnya.
Semuga anak-anak sentiasa didalam rahmat Allah SWT.
Ibu Dan abah doakan yang terbaik untuk mu.
Jangan lupa solat.Ingat Allah sentiasa semuga hidupmu selamat dunia & akhirat
dan juga sentiasadoakn Ibu dan Abah
Semuga menjadi nak-anak yang soleh/solehah.
AMIN
Sunday, May 16, 2010
BASIKAL RALEIGH
Ini dia basikal Raleigh AR. Beli masa di Cluny SR. Cantik merah dengan sayap..mud protector silver. Masih ingat lagi. Ar naik basikal laju dari porch terbabas merentasi teres-ters hingga ke kolam .Tapi tak cedera . Jatuh kat rumput.
terkenang pada bapak. Bapak suka basikal raleigh. mesen jahit singer. Katanya tahan lama. Rupanya dalam bahasa sekarang bapak aku percaya pada brand juga.
Sampai sekarang basikal Ar aku jaga dengan baik. Sekarang jadi basikal ibu.Dah dua kali aku spray metallic. Tayar pu terspray sekali.
Tuesday, May 11, 2010
LEMON KEBANGAANKU
Ini dia buah lemon hasil tangan hijauku. entah dah berapa lama tanam .Lupa dah . Besar.Tak pernah tengok lemon sebesar ini .Mau 2 ringgit sebiji kalau beli.Syukur. Berhasil juga. Af appreciate the taste of lemon bila dia makan perah kat laksa. His taste buds are sensitive. Anak2 lain tak merasa lagi. Teringin nak buat lemon chicken macam David Teoh's Lemon Chicken. Next nak tunggu pisangku berbuah.
Subscribe to:
Posts (Atom)