Alhamdulillah . Mula bertugas pada 2.6.1980. Mendaftar di SM Ambrose , Ayer Tawar , Perak. Buka atlas untuk mendapatkan lokasinya. Ingatkan Ayer Tawar , Kota TInggi. Ayahanda menghantar dengan teksi dari Muar ke Kuala Lumpur kemudian ke Teluk Intan.. Dari Teluk Intan melalui Kg Gajah ke Ayer Tawar. Terdapat insan mulia sanggup menumpangkan kami anak beranak.Semuga keluarga Pak Baha dirahmati Allah.
Kepercayaan ayahanda bonda untuk melepaskan anak daranya merantau jauh dengan iringan doa yang tidak pernah putus hingga kini tetap anakda kenang , hargai dan segala pesanannya supaya 'berani' dan tawakkal kepada Allah.
Semuga roh ayahanda dilimpahai rahmat Allah .Semuga bonda tabah menghadapi segala yang mendatang.Amin. Terima kasih Ariff kerana menghidupkan blog ini.
No comments:
Post a Comment