Pages

Monday, November 19, 2012

BERSARA

Alhamdulillah . Mula bertugas pada 2.6.1980. Mendaftar di SM Ambrose , Ayer Tawar , Perak. Buka atlas untuk mendapatkan lokasinya. Ingatkan Ayer Tawar , Kota TInggi. Ayahanda menghantar dengan teksi dari Muar  ke Kuala Lumpur  kemudian ke Teluk Intan.. Dari Teluk Intan melalui Kg Gajah ke Ayer Tawar. Terdapat insan mulia sanggup  menumpangkan kami anak beranak.Semuga keluarga Pak Baha dirahmati Allah.
Kepercayaan ayahanda bonda  untuk melepaskan anak daranya  merantau jauh dengan iringan doa  yang tidak pernah putus hingga kini tetap anakda kenang , hargai dan segala pesanannya supaya 'berani' dan tawakkal kepada Allah.
Semuga roh ayahanda dilimpahai rahmat Allah .Semuga bonda tabah menghadapi segala yang mendatang.Amin. Terima kasih Ariff kerana menghidupkan blog ini.